Kerjaya Assim al-Hakeem

Syekh Assim memulai kerjayanya pada 1988 dengan bekerja sebagai guru bahasa Inggeris di sekolah menengah.[2] Beliau ialah imam masjid di Jeddah, satu peranan yang telah dipegangnya selama 20 tahun terakhir, di mana beliau menjadi pengkhutbah solat Jumaah dan memberi ceramah tentang ilmu pengetahuan Islam.

Syekh Assim al-Hakeem mahir berbahasa Inggeris dalam dakwah Islam, dan biasanya menyertai dan menguruskan acara program Islamik berbahasa Inggeris di media sosial, seperti Questions and Answers (Ask Huda), Umdatul Ahkaam, Youth Talk dan Mercy to the Worlds. Assim juga berdakwah di pelbagai saluran televisyen dan radio seperti Al Huda, Peace TV,[2] Iqraa (bahasa Arab) dan saluran Saudi 2.

Assim juga sering melawat Eropah, Asia dan Timur Tengah untuk menyampaikan ceramah Islam atas undangan pelbagai pertubuhan, dengan sebagian besar ceramah dimuat naik ke YouTube.[6]